Antara kaedah pengajaran yang paling menonjol dan dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ialah :
1. Kaedah hafalan - Kaedah ini digunakan dalam pengajaran Al- Quran, di mana kanak-kanak diminta menghafal sehingga dapat mengingati apa yang dihafalnya dengan baik dan sempurna
2.Kaedah syarahan / Kuliah - Guru lebih banyak memberikan huraian, penjelasan, serta penerangan daripada pihak pelajar.
3. Kaedah dialog - Berdasarkan dialog atau bersoaljawab dengan murid untuk mencapai kepada fakta yang meragukan.
4. Kaedah soaljawab - Kaedah ini untuk merangsang pemikiran murid-murid serta menggalakkan berfikir
5. Kaedah pendebatan - Dapat melatih seseorang dalam perdebatan kerana perdebatan yang sempurna amat bergantung kepada kepetahan bercakap dan kecerdasan otak bagi mengeluarkan hujah.
6. Kaedah Pandang Dengar - secara audio visual
7. Kaedah Resitasi - untuk menilai sejauh mana pelajar mengetahui atau memahami sesuatu konsep dan seterusnya meneguhkan pemahaman yang betul dan tepat
8. Kaedah Perbincangan - Untuk menggalakkan pertuaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topik
9. Kaedah Halaqah - Murid mengelilingi guru dalam entuk bulatan atau separa bulatan untuk mendengar penjelasan daripada guru.
10. Kaedah Induktif - Membimbing pelajar mengetahui fakta atau hukum umum melalui jalan pengambilan kumpulan induksi.
11.Kaedah Perbandingan - mengandungi prinsip-prinsip, hukum-hukum dan fakta umum yang dibawahnya termasuk bahagian-bahagian dan masalah cabang.
12.Kaedah Imlak - Kaedah Imlak erlaku selepas kertas dan tulisan dihasilkan,iaitu selepas kaedah hafalan digunakan.
13. Kaedah Pemahaman - diperoleh daripada hafalan rencana, bacaan dan penulisan.
14. Kaedah Ulangan - Melakukan pembacaan atau mengingat secara berulang kali.
15. Kaedah Latih tubi - corak pengajaran bagi memberikan kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran melibatkan lisan
16. Kaedah bercerita - tujuannya untuk memberi pendidikan nilai moral kepada murid terutamanya dalam pelajaran sirah.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan