HUKUM DALAM ISLAM
- Fardhu (wajib)
Suatu perintah yang mesti dikerjakan, apabla melakukan akan mendapat pahala. Sekiranya ditinggalkan mendapat dosa.
Fardhu terbahagi kepada dua :
- Fardhu ain
Wajib dilakukan oleh semua orang Islam yang baligh.
- Fardhu Kifayah
Wajib dilakukan, tetapi sekiranya seorang dalam kawasan atau tempat tersebut terdapat orang yang melakukannya maka orang lain terlepas kewajipan melakukannya.
- Sunat
Suatu yang dilakukan mendapat pahala, tetapi sekiranya tidak dilakukan tidak berdosa
- Haram
Sesuatu yang dilarang melakukannya, sekiranya dilakukan mereka akan mendapat dosa dan jika ditinggalkan mendapat pahala.
- Makruh
Sesuatu yang tidak digalakkan untuk melakukannya, sekiranya dilakukan tidak mendapat dosa, tetapi sekiranya ditinggalkan mendapat pahala.
- Harus
Sesuatu perbuatan yang dilakukan tidak mendapat pahala, tetapi jika ditinggalkan tidak mendapat dosa.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan